Home » Jenayah, Utama » (14 GAMBAR) Berita penuh kejadian pengawal keselamatan tembak mati pegawai bank

Norazita Binti Abu Talib pegawai bank ditembak mati di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013. Mangsa dilaporkan ditembak oleh pengawal keselamatan ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit dalam bank berkenaan. Insiden berlaku pada pukul 6.30 petang di sebuah cawangan Ambank di USJ 2 Sentral, Subang Jaya. Identiti pengawal keselamatan terbabit dikenali sebagai Ardi bin Hamza yang berasal dari Tawau Sabah. Sebelum kejadian, mangsa telah memasuki bilik kebal bank bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang. Namun suspek yang bersenjatakan ‘pump gun’ telah bertindak dengan melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa. Suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang belum dapat dipastikan.-melvister

Mangsa di tembak oleh pegawal keselamatan bank.

Mangsa di tembak oleh pegawal keselamatan bank.

Hubungi isteri sebelum ditembak

“Pak Cik Wan ada menghubungi isterinya beberapa minit sebelum kejadian,” kata Mohd Fakri Azad M Azhar Syawal, 22, anak saudara kepada pegawai operasi sebuah bank, Norazita Abu Talib, 37, yang maut ditembak dalam kejadian rompakan di bank itu, di cawangan Jalan USJ Sentral 2, di sini, semalam.

Mangsa

Mangsa Norazita Abu Talib, 37 tahun

Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 petang itu, mangsa maut di tempat kejadian selepas ditembak penjenayah berusia 37 tahun yang juga pengawal keselamatan bank berkenaan bersenjatakan pump gun di bahagian kepala kiri.

Menurutnya, bapa saudaranya itu menghubungi Norazita sebelum berpesan supaya berhati-hati ketika memandu pulang ke rumah kerana hujan.

“Bapa saudara saya bimbang kerana mak cik (Norazita) rabun dan sudah tentu sukar untuk memandu dalam keadaan hujan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Bercerita lanjut, Mohd Fakri berkata, Pak Cik Wan menghubungi Norazita sekali lagi namun panggilan kedua itu tidak dijawab.
“Tidak lama kemudiannya, Pak Cik Wan memberitahu saya bahawa dia dihubungi pihak bank namun pengurusan bank berkenaan tidak memaklumkan apa yang berlaku sebaliknya mengarahkannya segera ke bank berkenaan.

Suspek

Suspek Ardi bin Hamza, 37 tahun beralamat Jalan Apas Batu 2 No 70 Tawau Sabah.

guard tembak ambank usj

Rakaman cctv bank menunjukkan pergerakan suspek sebelum kejadian tembak berlaku.

ambank ardihamza

Aplikasi WhatsApp milik suspek.

ambank norazita 37 “Dia (Pak Cik Wan) bergegas ke bank itu namun tidak mengesyaki apa yang berlaku dan terkejut selepas dimaklumkan kejadian sebenar sebaik tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Tambahnya, mangsa meninggalkan sepasang cahaya mata iaitu seorang perempuan berusia 10 tahun dan lelaki berusia 7 tahun.

“Pak Cik Wan masih lagi dalam keadaan terkejut dan ibarat kehilangan separuh jiwa kerana amat menyayangi isterinya. Buat masa ini dua anaknya masih belum diberitahu tentang kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan penjenayah terbabit.

“Suspek masih bersenjata dan kami harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit,” katanya yang turut mengedarkan gambar suspek di lokasi kejadian kepada media.

Katanya, sehingga kini, pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu ringgit.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK). Mayat mangsa juga dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya.-hm

Gambar di lokasi selepas kejadian tempat berlaku.

gambar-kejadian ambank3gambar-kejadian ambank gambar-kejadian ambank4gambar-kejadian ambank 2Pekerja bank mati ditembak pengawal keselamatan

Kejam! Hanya itu yang dapat digambarkan apabila seorang pengawal keselamatan tergamak menembak mati pekerja wanita sebuah bank di USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari peti besi bank berkenaan, petang semalam.

Mangsa bersama rakan sekerja.

Norazita Abu Talib bersama rakan sekerja.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa bersama tiga pekerja bank wanita diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek berusia 37 tahun itu melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan.

“Tembakan berkenaan mengenai wajah salah seorang pekerja, Norazita Abu Talib, 37, menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dipercayai bertindak sendirian.

Katanya, saksi mendakwa tiada sebarang percakapan antara suspek dan mangsa malah mangsa juga dikatakan tidak melawan.

Gambar Norazita Abu Talib bersama keluarga.

gambar-kejadian ambank7gambar-kejadian ambank6 gambar-kejadian ambank8
Kejadian dilapor berlaku dalam tempoh seminit, suspek sempat mengaut sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam beg sandang yang ada bersamanya.

“Suspek yang menggunakan senjata ‘pump-gun’ kemudian keluar melalui pintu depan bank dan melarikan diri dipercayai menaiki sebuah motosikal,” katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek yang berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan itu sejak setahun lalu biasanya bertugas di bank bersebelahan, namun semalam menggantikan rakan setugas di bank terbabit.

“Polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod.

“Rakaman CCTV premis bersebelahan juga akan dilihat semula untuk siasatan,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Justeru, polis meminta bantuan orang ramai mengesan suspek yang masih bebas bersama senjata api digunakan dalam kejadian itu.-sh

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.