Home » Politik, Utama » Hina Bekas Suami Setelah Hidup Mewah Dengan Wakil Rakyat PAS

ADUN Pas Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar dilihat datang berseorangan ke Rumah Terbuka ADUN BN Bandar, Dato’ Toh Chin Yaw pagi tadi di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu.

Mungkin dia segan membawa isterinya, Aida Tengah kerana ‘malu muka’ berdepan dengan orang ramai setelah rahsia besar mereka terbongkar melalui blog-blog bahawa Aida merupakan isteri yang dirampas dari Mohd. Apandi, seorang pengusaha prabet sapu di sekitar bandar Kuala Terengganu.

Malah, pemimpin Pas itu seperti keseorangan. Tidak lama selepas itu, beliau tinggalkan majlis.

Sebelum pendedahan itu beliau cukup bangga ke hulu dan ke hilir bersama Aida, malah gambar beliau bersama Aida pada kain rentang ‘Selamat Hari Hari Aidil Fitri’ digantung di merata tempat khususnya di kawasan DUN Ladang.

Apatah lagi, skandal urut mengurut bersama Aida sebelum ini, sudah dibongkarkan oleh Apandi.

Meskipun Aida dalam komen balasnya melalui blog Terengganu Today menghina bekas suami sendiri dengan menuduh kononnya Apandi kini hidup susah, bawa kereta prabet sapu, tetapi sekurang-kurangnya bekas suaminya itu telah melakukan kerja halal.

Tuduhan Aida bahawa Apandi diupah untuk membongkarkan rahsia kecurangannya dengan Dato’ Tengku Hassan adalah suatu andaian yang tidak boleh diterima Apandi yang juga bapa kepada beberapa orang anak Aida sendiri.

Selain itu, Aida turut menuduh bahawa Apandi adalah manusia jenis panas baran, sering memukulnya adalah sangat memalukan kerana suami mana tidak marah sekiranya isteri yang dia sayang curang dengan lelaki lain.

Aida perlu memohon maaf kepada Apandi, bukannya menghina dan memburukkan orang yang pernah disayangi itu.

Apakah kerana Aida hidup mewah bersama wakil rakyat Pas membuatkan dia telah lupa jasa dan pengorbanan Apandi sebelum ini?

23 Responses to “Hina Bekas Suami Setelah Hidup Mewah Dengan Wakil Rakyat PAS”

  1. Peel perangai Aida Tengah ni bertepatan dengan pepatah melayu "Bagaikan kacang lupakan kulit"… Hhuhuuuuhhhuuu…

  2. Koho berat nanang adun ladang ni

  3. Base Aida Tengah tadok modal dahhh…

  4. Joe Juraini 10 February 2013

    dapat batang baru..batang lama dikeji jangan..

  5. ala baler…cepat sangat lupa diri bila dah senang…manusia oh manusia.

  6. adun pas ladang mesti dia yg ajar aida lupa diri dan mengkeji bekas suami……….kesian anak2 aida…mesti mereka tak rela ayah mereka di keje..

  7. Anonymous 11 February 2013

    ADUN Ladang, buka ladang baru. Bagus la tu.

  8. Moga Allag laknat para pencipta dan penyebar fitnah ini.

  9. Moga Allah laknat org yang yang di perkatakan itu jika berita ni benar.

  10. ALLAHHUYASTAHZIUBIHIMWAYAMUDDUHUMFIITUKYANIHIMYASMAUMM.

  11. tak rasa bersalah ke sebar fitnah? cuba sebut "Ya Allah".

  12. Bila kena dgn PAS mula la keluar ayat2 menghalalkan acara. Masa tuduh Najib tanpa bukti soheh boleh pulak percaya.
    Are u with BN? Yessssssssssss
    http://www.facebook.com/photo.php?v=295184773942013

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.