Home » Utama » Bonus ‘Aidilfitri’ kakitangan awam, pesara kerajaan 9 Ogos

Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan semalam, kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Kata beliau dalam satu kenyataan, bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Menurut kenyataan itu, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

“Pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

“Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan,” kata Perdana Menteri berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.