Home » Politik, Utama » Skandal Balak SETIAUSAHA AGUNG PAS kepada Gadis SUZANA
JIKA BERANI SILA DATO’ MUSTAFA ALI SETIAUSAHA AGUNG PAS NAFIKAN…INILAH SALAH SATU SKANDAL BALAK YANG PALING GLAMOUR DI MASA PAS MEMERINTAH TERENGGANU KERANA MELIBATKAN SEORANG GADIS YANG JADI DENAK KEPADA KRONI PEMIMPIN PAS…
Suzana binti Embong…..yang memiliki syarikat Berkat Timber Trading telah mendapat kawasan BALAK TANPA TENDER dari Kerajaan Pas Terengganu.
Haji Hadi yang merupakan Menteri Besar dan Pengerusi Yayasan Terengganu ketika itu cuba BERBOHONG dengan mengatakan pemberian kawasan balak kepada Suzana Embong oleh Yayasan Terengganu adalah mengikut tender dan gadis berkenaan waktu itu menawarkan harga paling tinggi.
“Kerajaan Pas lebih mementingkan nilai tender yang tinggi…..” katanya kepada wartawan.
Tetapi hakikat sebenarnya diberitahu oleh sumber dalaman Yayasan Terengganu sendiri kawasan balak di Merang Setiu yang diberikan kepada Suzana diberi tanpa tender, kononnya atas dasar pelaburan.
Sedangkan kata sumber dalam itu, istilah pelaburan tidak pernah wujud dalam peraturan kewangan Yayasan Terengganu kerana peraturan yang sebenar menyebut mana-mana tawaran yang melebihi RM200 ribu hendaklah melalui proses tender terbuka.
Tetapi Exco Kanan waktu itu Dato’ Mustaffa Ali (Setiausaha Agung Pas sekarang) yang menjadi Pengerusi Pelaburan Yayasan Terengganu telah menggunakan kuasa vetonya memberikan kawasan itu kepada Suzana.
Suzana sebenarnya merupakan gadis pekerja syraikat milik Cina  yang diperalatkan oleh Cina Wakaf Tapai itu yang merupakan kroni Mustaffa Ali.
Wakaf Tapai adalah terletak dalam kawasan yang diwakili Mustafa Ali waktu itu iaitu Dun Pengkalan Berangan.
Haji Hadi sememang tunduk kepada Mustaffa Ali kerana walaupun Haji Menteri Besar, tetapi semua orang tahu yang melaksanakan peranan kerajaan negeri adalah Dato’ Mustaffa Ali.

5 Responses to “Skandal Balak SETIAUSAHA AGUNG PAS kepada Gadis SUZANA”

  1. Balak & PAS tidak dapat di pisahkan.

  2. huhu..ada cobaan nak gulingkan balak.

  3. ha…ha…maknanya dua-dua bahan balak….tapi umno lebih banyak kedarahnya balak…bukan orang umno tak tahu itu….ha…ha….

  4. megaku lebih islam… tapi…

  5. panas lagi Pas hahahahaha…

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.