Home » Utama » Tahniah! Lima anak Felda berjaya jejak kaki ke puncak Everest

Lima daripada tujuh pendaki Everest-Felda 2013 dilaporkan berjaya sampai ke puncak tertinggi dunia yakni Everest di ketinggian 8,848 meter dari paras laut pukul 10.15 pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Penasihat Projek Everest Felda 2013 , Datuk Akmar Hisham Mokhles.

“Alhamdulillah mereka berjaya tiba dengan selamat dan dua pendaki lagi dijangka tiba dalam tempoh setengah jam lagi ke puncak,” katanya.

Kata beliau, dua pendaki yang belum tiba adalah Ketua Pasukan, Siti Hanisah Sharuddin dan seorang jurulatih.

Ekspedisi anjuran Kelab Ekplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) dengan kerjasama Majlis Belia Felda serta mendapat tajaan dari Felda dan Felda Global Ventures Holding (FGVH).

Ekspedisi itu diketuai oleh Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.