Home » Politik, Utama » Terkini: Hadi Awang Lawan Yahya Khatib

IMG-20130420-WA0027MARANG 20 April – Kerusi Parlimen Marang bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad.

Sehingga tempoh kertas pencalonan ditutup pada pukul 10 pagi tadi, tiada calon lain menyerahkan borang untuk bertanding di kerusi tersebut.

Bagaimanapun, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat, bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antaraAlias Abdullah (BN), Ariffin Deraman (Pas) dan Jaafar Jambol (Bebas).

Manakala DUN Pengkalan Berangan pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara A.Latiff Awang (BN) dan Sulaiman Sulung (Pas).

Begitu juga DUN Ru Rendang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN iaitu Nik Dir Nik Wan Ku dan Abdul Hadi Awang (Pas).

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.