Home » Komuniti » Kemeriahan Syawal Rumah Terbuka ADUN Kuala Besut

KUALA BESUT – Hampir 4,000 penduduk sekitar Besut membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Kuala Besut, YB. Dr. A. Rahman Mokhtar yang diadakan di kediamannya di Kampung Kuala Besut, semalam.

Kemeriahan Syawal jelas terasa seawal rumah terbuka bermula pukul 9 pagi dengan tetamu bersilih ganti untuk menikmati pelbagai jenis juadah tradisional dan moden sehingga pukul 3 petang.

Turut hadir, ADUN Jertih yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh, bekas ADUN Kuala Besut, Dato’ Wan Zakaria Wan Abd Rahman dan Ketua Pemuda UMNO Besut, Mahadi Musa.

Paling gembira, golongan kanak-kanak yang menerima duit raya daripada Dr. A. Rahman selain mengambil kesempatan untuk bersalaman serta bergambar dengan Exco Kesihatan, Perpaduan dan Kepenggunaan negeri itu. – Oleh SAIFUL NIZAN, Media APMT DUN Kuala Besut.

One Response to “Kemeriahan Syawal Rumah Terbuka ADUN Kuala Besut”

  1. Wan Ummi 25 August 2012

    stand by le mknan byk….tak le kita merasa cuma 4 cucuk sate…dari jb dtg nih…

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.