Home » Muka Hadapan, Politik » Kenyataan Rasmi Ahmad Said Mengenai Isu Perlantikan MB Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Berikutan isu perlantikkan Menteri Besar Terengganu yang kini menjadi topik hangat, saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan kedudukan perkara ini.

Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional sedang menguruskan perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional dalam PRU13. Berikutan kesibukan tugas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mentadbir Negara, perkara ini dilakukan secara berperingkat – peringkat. Saya difahamkan sehingga kini Kedah, Perak, Kedah, Perlis, Melaka dan Sabah telah selesai urusan perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing. Kini 4 negeri lagi masih menunggu giliran iaitu Pahang, Johor, N.Sembilan dan Terengganu.

Bagi negeri Terengganu saya difahamkan Perdana Menteri selaku Presiden Parti akan mengeluarkan surat watikah dalam masa terdekat dan saya meminta agar semua rakyat negeri ini bersabar.

Dalam hal ini, saya selaku Pengerusi Barisan Nasional Terengganu berterima kasih kepada semua rakyat yang telah menunaikan tanggungjawab dalam PRU13 serta berdiri teguh dibelakang kepimpinan parti.

Saya juga menyeru kepada semua pihak menghentikan segala spekulasi dan khabar angin serta meminta agar semua rakyat Terengganu untuk bersatu hati dan berpadu tenaga demi kesejahteraan negeri tercinta ini.

Wasalam..

SUMBER: FB Ahmad Said

6 Responses to “Kenyataan Rasmi Ahmad Said Mengenai Isu Perlantikan MB Terengganu”

  1. Ey Sal 8 May 2013

    Bersatu lah bangsa melayu demi agama,bangsa dan tanah air kita…

  2. tak mo kutuk… cuma nak tnya… bedosa tak kalau diam tengok kemugkaran yang dilakukan… mgkin doa jalan tarbaik… tapi itulah selemah2 iman…. biar pun lemah tapi masih beriman jugakan… emm… ada tenaga tak mampu nak brusaha… ada lidah utk brsuara… ada mata dapat melihat… ada telinga dapat mendengar… rupanya akal tak sanggup bertindak kerana takut akan berdosa… emmm berkata2 atas dasar lillahi ta ala… tapi tindakan….. ikutlah kata orang…. jangan…. nanti berdosa…. berdosa tak kalau kita diam…. berdosa tak kita kalau membiarkan…. emm… tepuklah dada jangan tanya selera… tapi tepuklah dada bertanyakan iman….

  3. janji dah pun ditepati…. cuba la beli roti kat kedai…. tengok harga bape… cuba plak pegi mana shopping complex… tengok billl….. apa tu GST 6%…. huhuhu…. untunglah rakyat malaysia.. terima kasih….

  4. tahniah dato' seri kerana talah berjaya dalam PRU 13.. mana2 yang tak puas hati tu tunggu 5 tahun lagi.. rakyat dah penat dengan PAS.. asyik cari salah org lain sahaja..bukan nak majukan negeri..agama, bangsa dan negara.. tapi asyik menuduh dan memfitnah..cukuplah kalau dah kalah kalah lah..lain kali lah.. manusia tidak pernah terlepas dari membuat kesilipan..dan kesilapan tidak perlu diulangi lagi.. terengganu terus maju menjelang 2020…terbaik kerajaan terengganu..

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.