Home » Politik, Utama » PAS Takut Saringan SPRM

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said menegaskan calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak takut untuk berdepan saringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya yang juga Pengerusi BN negeri, langkah berkenaan membuktikan parti itu bersikap jujur kepada rakyat dan pengundi.

Jelas beliau, BN bukan sahaja akan menawarkan ‘winnable candidate’ kepada pengundi, malah calon berkenaan mestilah bersih.

“Dalam hal ini pun rakyat boleh lihat parti mana yang ikhlas samada PAS atau BN. BN tidak takut pada tapisan (saringan). Kita akur untuk pastikan calon kita (BN) bersih,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Khas Persekolahan di Sek. Men. Keb. Seri Bandi, Kemaman hari ini.

Mengenai pendirian PAS yang menolak untuk melakukan saringan dengan SPRM, Dato’ Seri Ahmad berkata, rakyat melihat parti itu ‘kalah awal sebelum masuk gelanggan’ kerana ia menggambarkan pemimpin PAS takut berdepan SPRM.

Ulas beliau, PAS menggunakan SPRM untuk membuat pelbagai laporan dan aduan kononnya wujud penyelewengan serta amalan rasuah yang teruk dalam pentadbiran Kerajaan BN.

Sekiranya PAS jujur kata ADUN Kijal itu, parti itu sepatutnya mendahului BN dalam perkara itu dan tidak hanya bergantung kepada saringan dalaman.

“Mungkin PAS ada kelebihan kerana penyokong mereka sudah ditarbiah bahawa semua pemimpin mereka betul. Buat apa pun semuanya betul.

“Penyokong mereka ramai yang taksub kepada pemimpin, kepada tok guru,” jelas beliau.

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.