Home » Muka Hadapan, Politik » Pelancaran Manifesto BN Terengganu

Barisan Nasional (BN) negeri mengumumkan manifestonya malam ini yang menyenaraikan 18 perkara bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Aku Janji Tambahan BN Terengganu itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) malam tadi.

Kesemua pemimpin dari parti komponen BN Terengganu menghadiri program itu yang bermula kira-kira pukul 9 malam. Kira-kira 5,000 orang ahli serta penyokong BN dari seluruh negeri memenuhi dewan konvensyen berkenaan.

Menteri Besar dalam ucapannya menggariskan 18 perkara yang terkandung dalam manifesto itu iaitu:

  1. Membina 10,000 unit rumah mampu milik
  2. Peluang rakyat memiliki 1 tapak rumah atau 1 tapak pertanian
  3. Pajakan tanah individu dinaikkan dari 30 tahun kepada 60 tahun
  4. Insentif khas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) dalam bidang kritikal
  5. Memperkasakan program e-book
  6. Membina tiga lagi Sekolah Imtiaz di Setiu, Marang dan Kuala Nerus bagi menjadikan satu daerah satu Imtiaz
  7. Khairat dan insurans Takaful Rakyat
  8. Memperluaskan perkhidmatan pusat hemodialisis
  9. Terengganu sebagai Hub Urusan Haji dan Umrah di pantai timur
  10. Institut al-Quran Terengganu (IQ) dinaiktaraf sebagai sebuah Kolej Universiti
  11. Menjadikan Terengganu sebagai pusat kecemerlangan ilmu Islam di Nusantara
  12. Menyediakan dana pengurusan kepada pertubuhan belia dan NGO
  13. Sukan sebagai satu kerjaya
  14. Mewujudkan gelanggang futsal di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM)
  15. Membina Kompleks litar perlumbaan bertaraf antarabangsa
  16. Memperhebatkan dana usahawan dan memperluaskan skala perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS)
  17. Menarik pelaburan lebih RM25 bilion dalam industri petrokimia, bioteknologi dan keluli dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan
  18. Tasik Kenyir sebagai Hub Eko-Pelancongan dan Pulau Bebas Cukai

Ahmad mengakhiri pengumuman manifesto selama kira-kira setengah jam itu turut mengajak para hadirin melafaz sumpah kesetiaan kepada parti.

Beliau juga menarik perhatian, senarai calon BN Terengganu akan diumumkan pada pukul 2.30 petang esok di kediaman Sri Iman, Kuala Terengganu.

Ahmad kemudian menyerahkan watikah Aku Janji BN negeri itu kepada Pengerusi BN di setiap parlimen selain pengerusi MCA dan MIC Terengganu.

2 Responses to “Pelancaran Manifesto BN Terengganu”

  1. bleh bla dacing senget.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.